wall blogspot2

ILMU untuk di JULANG

:::biarkan jauh mata memandang: jauh lagi ilmu yg hilang: walau hantaran berdulang dulang: takkan goyah kami ke kluang: mencari ilmu yang takkan datang::: belong to: DMC Project mini studio Photographer by: jerung IMG_0604 guru zulsani:kluang

Monday, September 27, 2010

aku DIA islam

Aku, Lim dan Islam

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei
Choon.
Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM.
Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya
melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak
hingga ke zaman
remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali
hariraya
menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol
arwah ayahku yang amat digemarinya.

kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut
serta.
Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi
dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan
keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa
Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah
untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi
bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan
perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah
berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang
kuketahui dari
kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia
melanjutkan
pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau
telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya
khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya
memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut
dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more
Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.
..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui
hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa
dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku
berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa
sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin
berkurangan.

....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah,
air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan
dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama
terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua
olang"
Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa
kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana
apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur
melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk
berbual-bual.
beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada
diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu,
is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku
tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar
tentang Islam?
Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam
kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku
di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api
neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku
akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak
sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim
yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn
melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan
untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau
dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan
Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam
macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris
Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni
tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana
Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama
Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini
kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum
pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan
satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu
sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah
sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan
berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim
adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya
sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang
sebenar. Baru aku
faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah
akan
memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta
mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!
Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan
lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40
tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau
seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious
tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti
nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..

No comments:

Post a Comment

JOB: with love at maran pahang

kus1

kus2

kus3

test

kus dan wazi.... maran pahang
belong to: DMC Project mini studio
Photographer by: jerung

JOB: AZIE & KHAIRIL petaling jaya

cover 8r1

JOB: wan & zue dataran raub

5st


1st

7st

belong to: DMC Project mini studio

Photographer by: jerung

JOB: jengka pahang

s2 s3
belong to: DMC Project mini studio Photographer by: jerung