Gunung Yong Yap 7,113 Kuala Mu Perak/Kelantan
Bukan nya Bandar, jenama makanan, tetapi hutan.
Gunung ke enam tertinggi dalam 7 himpunan.
Kumpulan G seven yang mereka suka sebut sebutkan.
Tarikh terpatri janji di muliakan
March menanti dgn haruman sinis dalam senyuman,
Mekar di hati demi satu tujuan,
Bukan kepuasan di pinta tapi ilmuan walau dalam tangisan.
Punk5biru di kurnia tahta Nahoda,
Po’yie 13 penjaga semesta seluruh bahtera,
Acu militan si penyingkap gunung seribu rahsia,
Membongkar alam kelam di dalam kuala.
Sungai di redah taring di gagahi
Pagi berlalu petang meniti silih berganti,
16 si gagah terus berjuang pasti,
Di pondok satu bersantapnya rezeki.
Hujan renyai di tengah hari,
Bukan penghalang si gagah berlari,
Malahan gelap kami tetap perangi walau ke pagi,
Agar Yong Yap akan aku takluki. kami takluki…..
Air terakhir ku lepasi di sudut sunyi,
Sejam setengah masih menanti di kala ini,
Darah mengalir jantung laju ke hati,
Puncak di kejar tak lari, tegaknya pasti gagah menanti.
Yang layu terlantar di pokok bergetar,
Yang longlai terkulai last water point tersadai,
Yang blakang bertabah beraruskan badai,
Yang depan di puncak tangan melambai.
Sejuk bergetar kerahan pertama,
Aku menyiap santap dan singgah sana,
Membersih diri dari segala jelaga,
Sambil menanti kerahan yang tiba.
Malam kian larut cannabis di balut,
Dari tangan ke tangan hingga mulut ke mulut,
Bukan nak weng atau terus melalut,
Sekadar melayan sakit di lutut.
Kelam menghilang sunset menjelang,
Keindahan pencipta tidak terjulang,
Yang maha kaya sekelian penyeru alam,
Pencipta dunia yang kita pinjam.
Setiba masa semua di pulang,
Segala benda jgn di gengam,
Mengelak penghuni di lain alam,
Agar layaran tidak di ancam.
Namun hakikat manusia dan haiwan di ciptakan,
Kita merancang namun tuhan tentukan,
Walau di elak segala rintangan,
Dugaan yang tiba jadikan pedoman bukan perbalahan.
Terbujur layu 15 si gagah,
Mimikir celaru segalah masaalah,
Adakah engkau atau aku yang salah,
Sehingga layaran mendapat musibah.
Sepuluh jari tangan di pohon,
Air mata bergenang memohon ampun,
Memikir perkara yang kian merundum,
Hakikat insan si penghuni gunung.
Hari berlalu di tambah satu,
Bertabah hati jiwa tertunggu,
Bersama bekampung dengan penghulu,
Setiba masa masyarakat membantu.
Dua perkasa sedang sedia berjasa,
Membawa amanat bertahta kan usaha,
Menunggu perintah menjejaki semula,
Si kerdil penyingkap segunung rahsia,
Malam berlalu nun di kuala Mu,
Hati berdebar namum tak siapa tahu,
Bertambah runsing bila di beritahu,
Dua perkasa turun tidak bertamu.
Perkara di terima lisan di sedia,
Untuk persiapan laporan semasa,
Setiba waktu bersiaplah sedia,
Bersama kita ke lasah semula.
Meninggal kenangan bukan persahabatan,
Dengan tujuan melapur gerakan,
Agar diterima sebuah bantuan,
Dari penguasa gerakan tempatan.
Tiba di lasah dengan senyuman,
Mendengar kabar yang cukup mengembirakan,
Alhamdulillah si penyingkap telah di temukan,
Tanpa cedera mahupon kemudaratan.
Namun masa cukup sempurna,
Tak boleh di ulang mahupon di segera,
Bilakah tiba masa kita berjumpe semula,
Bercerita berkongsi pengalaman bersama.
Dari KL ke Kuala Mu kita berhimpun
Dari hujung kaki ke hujung rambut aku memohon,
Sepuluh jari ku hulur seikhlas ampun,
Segala silap dan salah halal ku pohon.
The Tragedi
3R-ProjectBlackYongYap 3 - 4 + 5 March 2007.
Punk5biru/pokyie13/Seper4alif/RamdanExist/AkmaLyn/TasnimUshimura/EchoLimited/
AdexPut3/cikMERAHjambu/BoboyTokBa/HakimTiger/MailRoDong/mijanWORK/Bro’Talsha/AcuMilitan/JCcumel…………………………
ThisProjectI’sBelongToTigaRlimitedPropertiesUseForJerungKampungJaya.multiply.com-under DMCPROJECTMINISTUDIO












No comments:
Post a Comment